Popular Posts

Monday 2 January 2012

Nostalgia : Bas Seksi

Kadang-kadang ada perkara yang tak perlu kita ubah..

Suasana meriah dengan adanya bas 'seksi' . -double klik utk zoom
Hampir semua rakyat Malaysia pernah merasa pengalaman menaiki bas, malah ada yang masih menggunakan perkhidmatan awam tersebut hingga sekarang. Istilah bas seksi ni aku berikan untuk mengaburi ayat yang kurang enak untuk didengar dek tauke-tauke bas di Malaysia

Pertama kali merasa pengalaman naik bas memang mengujakan. Terasa diri sangat matang dan dewasa. Terutama di kawasan pedalam, bas yang disediakan sangat la uzur. Namun yang tak ternilai adalah nostalgia.

Ada kerusi longgar dan tercabut, loceng x berfungsi, sampai terlajak ke depan abru berhenti.Tertido dalam bas sampai ke stesen utama. Kadang-kadang ada juga menipu konduktor bas, cakap dah bayar.

Rugi sesiapa yang belum pernah merasa pengalaman naik bas seksi ni. Semakin maju negara kita, semakin sempitlah ruang untuk anda merasa pengalaman seperti ini.


-Tringin nak beli bas seksi , naik dgn kawan-kawan pusing keliling semenanjung.

No comments:

Post a Comment